Thursday, 21 January 2016

Sebagai hobi atau untuk keperluan di kediaman , adalah baik kalau boleh jadikan ‘gardening’ sebagai aktiviti rutin . Cuma itulah masing2 nak imbangkan dgn tugasan lain pulak , itulah antara cabarannya . Tanaman nya ingin berkongsi sedikit sebanyak info ringkas  mengenai menyemai tanaman cili padi sendiri (Home Gardening ) ini .

2-3 biji benih cili padi yang direndam semalaman ditanam ke dalam lubang kecil yang dibuat pada polibeg atau bekas bersama tanah yang sesuai .
Ketika proses pertumbuhan , siraman 2 kali sehari dilakukan secara berterusan . Semaian akan mula tumbuh seterusnya .
Tambahan tanah dan mengembur dibuat dan digunakan baja mengikut panduan pembekal baja . Bila pertumbuhan menjadi lebih matang , dialihkan anak pokok ke batas dan beg/bekas yng lebih besar . Dialihkan  tanaman cili padi ke batas dan ke polibeg . Sememangnya , pertumbuhan di batas akan lebih baik dan hasilnya lebih banyak .
Tanaman cili padi sendiri bersama aktiviti asas seperti menggembur , menimbun , tambah tanah , membaja dan menyiram perlu di buat secara berjadual.
Tanah campuran organik digunakan dan menambah ketika aktiviti menimbun dibatas serta juga pada beg/bekas tanaman . Ia bagi mempercepatkan proses pertumbuhan dan memberi kesuburan .
Dalam tempoh beberapa bulan , tanaman cili padi ini mula mendatangkan hasil . Ia bergantung kepada situasi dan teknik penjagaan jika membuat tanaman sendiri ini .



No comments:

Post a Comment