Saturday, 16 January 2016

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan : 
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .

Penyediaan anak benih: 
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih   : 300-500 gm
Rawatan biji benih     : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih . 
Masa menyemai       : Enam minggu sebelum menanam 
Tempat menyemai    : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian

Penanaman di ladang : 
Umur anak benih      : 6 minggu
Jarak tanaman         : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok. 
Menyulam               : 1 minggu selepas menanam 
Junjung pokok         : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam 

Pengurusan Air : 
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar . Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .

No comments:

Post a Comment