Saturday, 16 January 2016

Pengenalan Pokok Cili


Cili Padi (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan . Tanaman cili padi mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam secara komersil dan sehingga kini belum mempunyai teknologi yang sesuai untuk mengawal penyakit cili padi berasaskan virus dan bakteria . Pengalaman penulis yang banyak kali menanam cili padi mendapati , diantara masalah utama adalah serangan Penyakit Kerinting Daun dimana pokok cili akan cepat mati selepas itu . Beberapa teknologi yang telah diaplikasi tetapi belum jumpa yang betul-betul ‘baik punya’ untuk mengatasi masalah ini . Bekalan cili padi yang kurang dan serangan penyakit menyebabkan harga cili padi tidak pernah jatuh terutama pada musim tengkujuh . Nama lain bagi Cili Padi adalah seperti Cili Api , Cili Rawit (Lombok Rawit) , Cabai Burung , Lada Jarum atau Lada Tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) dan bermacam lagi . Pemerhatian yang saya buat mendapati cili padi ini merupakan sejenis tumbuhan sangat popular di beberapa negara Asia Tenggara terutama di Malaysia , Indonesia dan Thailand . Penanaman cili padi di Malaysia saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasannya kerana ia tidak spesifik dilaporkan (keluasan dikira bersama dengan cili merah atau cili besar) . Penanaman cili padi dibuat untuk bekalan domestik dan ia menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari . Pokok cili api merupakan pokok renek yang mempunyai ketinggian lingkungan 1-2 meter mempunyai dahan yang banyak . Bentuk pokok (dari segi saiz) berbeza sedikit antara pokok ditanam dalam pasu atau polibeg dengan yang ditanam atas tanah atau dalam kebun . Bunga cili padi terbentuk dibahagian hujung pucuk berwarna putih . Bunga cili padi di debungakan oleh agen pendebungaan terutamanya semut . Buah cili padi berwarna hijau ketika muda dan bertukar warna merah apabila matang (kadang2 kuning, putih dan lain2 mengikut varieti) . Saiz , warna , bentuk , darjah kepedasan bergantung kepada variety . Belum ada pendaftaran varieti cili padi dibuat secara saintifiknya di Malaysia masa ini walaupun ada sedikit maklumat mengenainya .

No comments:

Post a Comment