Saturday, 16 January 2016

PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/PenyakitSimptomCara Kawalan
Kutu Daun
(Aphis spp.) 
[Vektor virus]
Daun kerekot, bunga gugur dan buah terbantut .Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di ladang, sembur dengan permethrin, cypermethrin atau dimethoate apabila serangan virus melebihi 20% populasi pokok yang ditanam.
Kutu Trips 
(Thrips spp.) 
[Vektor virus]
Daun kerekot dan bunga gugur .Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5 bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau malathion jika serangan virus melebihi 20% selepas pokok berumur 2.5 bulan
Lalat buah 
(Bactrocera  spp.)
Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut. .Sembur dengan chloryrifos pada masa mula berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang dicampur dengan racun perosak.
Antraknos 
(Colletotrichum capsici)
Bintik yang lekok dan berpusar berwarna keperangan terdapat di kulit buah. Bintik bertukar menjadi kehitaman. .Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a)
Bintik daun
(Cercospora capsici)
Bintik kecil berwarna perang pada daun.Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur dengan benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan sayuran lain .
Reput pangkal
(Sclerotium  rolfsii)
Daun-daun kelihatan layu. Pangkal dan akar menjadi hitam dan reput.Cabut dan bakar pokok yang diserang .
Layu bakteria 
(Pseudomonas  
solanacearum)
Daun-daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih.Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran baik . Gilirkan tanaman .

No comments:

Post a Comment