Wednesday, 27 January 2016
Thursday, 21 January 2016
Sebagai hobi atau untuk keperluan di kediaman , adalah baik kalau boleh jadikan ‘gardening’ sebagai aktiviti rutin . Cuma itulah masing2 nak imbangkan dgn tugasan lain pulak , itulah antara cabarannya . Tanaman nya ingin berkongsi sedikit sebanyak info ringkas mengenai menyemai tanaman cili padi sendiri (Home Gardening ) ini .
2-3 biji benih cili padi yang direndam semalaman ditanam ke dalam lubang kecil yang dibuat pada polibeg atau bekas bersama tanah yang sesuai .
Ketika proses pertumbuhan , siraman 2 kali sehari dilakukan secara berterusan . Semaian akan mula tumbuh seterusnya .
Tambahan tanah dan mengembur dibuat dan digunakan baja mengikut panduan pembekal baja . Bila pertumbuhan menjadi lebih matang , dialihkan anak pokok ke batas dan beg/bekas yng lebih besar . Dialihkan tanaman cili padi ke batas dan ke polibeg . Sememangnya , pertumbuhan di batas akan lebih baik dan hasilnya lebih banyak .
Tanaman cili padi sendiri bersama aktiviti asas seperti menggembur , menimbun , tambah tanah , membaja dan menyiram perlu di buat secara berjadual.
Tanah campuran organik digunakan dan menambah ketika aktiviti menimbun dibatas serta juga pada beg/bekas tanaman . Ia bagi mempercepatkan proses pertumbuhan dan memberi kesuburan .
Dalam tempoh beberapa bulan , tanaman cili padi ini mula mendatangkan hasil . Ia bergantung kepada situasi dan teknik penjagaan jika membuat tanaman sendiri ini .
Saturday, 16 January 2016
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) :
15000
Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan
Ciri buah masak :
Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.
Cara memungut :Buah dipetik dengan tangkainya.
Masa mengutip :Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.
Penyimpanan :
Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu .
Masa kutipan hasil :
2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) :
15000
Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan
Ciri buah masak :
Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.
Cara memungut :Buah dipetik dengan tangkainya.
Masa mengutip :Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.
Penyimpanan :
Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu .
PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/Penyakit | Simptom | Cara Kawalan |
Kutu Daun (Aphis spp.) [Vektor virus] | Daun kerekot, bunga gugur dan buah terbantut . | Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di ladang, sembur dengan permethrin, cypermethrin atau dimethoate apabila serangan virus melebihi 20% populasi pokok yang ditanam. |
Kutu Trips (Thrips spp.) [Vektor virus] | Daun kerekot dan bunga gugur . | Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5 bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau malathion jika serangan virus melebihi 20% selepas pokok berumur 2.5 bulan |
Lalat buah (Bactrocera spp.) | Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut. . | Sembur dengan chloryrifos pada masa mula berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang dicampur dengan racun perosak. |
Antraknos (Colletotrichum capsici) | Bintik yang lekok dan berpusar berwarna keperangan terdapat di kulit buah. Bintik bertukar menjadi kehitaman. . | Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a) |
Bintik daun (Cercospora capsici) | Bintik kecil berwarna perang pada daun. | Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur dengan benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan sayuran lain . |
Reput pangkal (Sclerotium rolfsii) | Daun-daun kelihatan layu. Pangkal dan akar menjadi hitam dan reput. | Cabut dan bakar pokok yang diserang . |
Layu bakteria (Pseudomonas solanacearum) | Daun-daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih. | Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran baik . Gilirkan tanaman . |
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah | Jenis Baja | Kadar (t/ha/musim) | Masa (Minggu lepas tanam) | Cara |
1. Bris
| ||||
Rudua | Tahi ayam NPK12:12:17:2 | 10Â 2 | -1 * 2,8 & 14 Â | Gaul dalam tanah keliling pokok |
Baging | Tahi ayam NPK12:12:17:2 | 30 3 | -1 * 2,8 & 14 | Gaul dalam tanah keliling pokok |
2. Bekas Lombong
| ||||
Pasir | Tahi ayam NPK12:12:17:2 | 20 3 | -1 * 2,8 & 14 | Gaul dalam tanah keliling pokok |
3. Gambut | NPK12:12:17:2 | 2 | 2,8 & 14 | Keliling pokok |
4. Mineral | Tahi ayam NPK12:12:17:2 | 5 1.5 | -1 * 2,8 & 14Â | Gaul dalam tanah keliling pokok |
* Satu minggu sebelum tanam
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .
Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih  : 300-500 gm
Rawatan biji benih    : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai      : Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai   : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian
Penanaman di ladang :
Umur anak benih     : 6 minggu
Jarak tanaman        : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam              : 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok        : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar . Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .
Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih  : 300-500 gm
Rawatan biji benih    : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai      : Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai   : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian
Penanaman di ladang :
Umur anak benih     : 6 minggu
Jarak tanaman        : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam              : 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok        : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar . Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
20-33° C .
Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.
Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.
pH tanah :
5.5 - 6.8
Suhu :
20-33° C .
Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.
Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.
pH tanah :
5.5 - 6.8
Kultivar :
Varieti | Ciri-ciri |
Kulai (Baris 15) | Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha. |
MC 4 | Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha. |
MC 5 | Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha. |
MC 11 | Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha. |
MC 12 | Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha. |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau . Buku warna hijau atau ungu .
Akar :
Sistem akar tunjang dan akar serabut.
Daun :
Berwarna hijau muda ke hijau tua . Bentuknya 'lanceolate' .
Bunga :
Berwarna putih, dari ketiak daun .
Buah :
Merah dan tirus dihujung .
Cara Pendebungaan :
Persenyawaan sendiri . Persenyawaan silang (30%)
Nama Tempatan : Lada , Cabai , Cili Hijau , Cili Merah .
Nama Saintifik : Capsicum annum
Komposisi Nutrien :
Nama Saintifik : Capsicum annum
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Protein | 2.8 g |
Karbohidrat | 9.5 g |
Lemak | 0.7 g |
Serabut | 0 g |
Kalsium | 15.0 mg |
Besi | 1.8 mg |
Fosforus | 80 mg |
Kalium | 0 mg |
Natrium | 0 mg |
Karotena beta | 2730.0 ug |
Vitamin B1 | 0.2 mg |
Vitamin B2 | 0.1 mg |
Vitamin C | 175.0 mg |
Niacin | 0.7 mg |
Pengenalan Pokok Cili
Cili
Padi (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga
Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan . Tanaman cili padi
mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam secara komersil dan sehingga
kini belum mempunyai teknologi yang sesuai untuk mengawal penyakit cili padi
berasaskan virus dan bakteria . Pengalaman penulis yang banyak kali menanam
cili padi mendapati , diantara masalah utama adalah serangan Penyakit Kerinting
Daun dimana pokok cili akan cepat mati selepas itu . Beberapa teknologi yang
telah diaplikasi tetapi belum jumpa yang betul-betul ‘baik punya’ untuk
mengatasi masalah ini . Bekalan cili padi yang kurang dan serangan penyakit
menyebabkan harga cili padi tidak pernah jatuh terutama pada musim tengkujuh .
Nama lain bagi Cili Padi adalah seperti Cili Api , Cili Rawit (Lombok Rawit) ,
Cabai Burung , Lada Jarum atau Lada Tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan
terbalik) dan bermacam lagi . Pemerhatian yang saya buat mendapati cili padi
ini merupakan sejenis tumbuhan sangat popular di beberapa negara Asia Tenggara
terutama di Malaysia , Indonesia dan Thailand . Penanaman cili padi di Malaysia
saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasannya kerana ia tidak
spesifik dilaporkan (keluasan dikira bersama dengan cili merah atau cili besar)
. Penanaman cili padi dibuat untuk bekalan domestik dan ia menerima permintaan
yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari . Pokok cili api
merupakan pokok renek yang mempunyai ketinggian lingkungan 1-2 meter mempunyai
dahan yang banyak . Bentuk pokok (dari segi saiz) berbeza sedikit antara
pokok ditanam dalam pasu atau polibeg dengan yang ditanam atas tanah atau dalam
kebun . Bunga cili padi terbentuk dibahagian hujung pucuk berwarna
putih . Bunga cili padi di debungakan oleh agen pendebungaan terutamanya semut
. Buah cili padi berwarna hijau ketika muda dan bertukar warna merah apabila
matang (kadang2 kuning, putih dan lain2 mengikut varieti) . Saiz , warna ,
bentuk , darjah kepedasan bergantung kepada variety . Belum ada pendaftaran
varieti cili padi dibuat secara saintifiknya di Malaysia masa ini walaupun ada
sedikit maklumat mengenainya .
Subscribe to:
Posts (Atom)